Rabu, 20 Jun 2012
Wang .. wang .. wang
Ia boleh memberi kita bunglo mewah
Tapi ia tidak boleh menjamin kebahagiaan hidup
Ia boleh memberi kita katil dan tilam yang empuk
Tapi ia tidak boleh menjamin keenakan tidur
Ia boleh memberi kita jam yang mahal
Tapi ia tidak boleh menjamin masa secukupnya
Ia boleh memberi kita pangkat dan kedudukan
Tapi ia tidak boleh menjamin ketenangan hati
Ia boleh memberi kita isteri muda yang cantik
Tapi ia tidak boleh menjamin kekal berpanjangan
Ia boleh memberi kita apa saja
Tapi ia tidak boleh menjamin nyawa .......
Oleh kerana itu kawan-kawanku, wang bukanlah segalanya. Ia adalah penyebab penderitaan dan kesengsaraan. Saya maklumkan ini dgn hati yang ikhlas sebab awak adalah sahabat baik saya. Dan sebagai sahabat setia, biarlah saya tanggung semua penderitaan dan kesengsaraan yang awak lalui. Jadi, beri dan sumbanglah semua duit awak kepada saya agar saya menanggung segala penderitaan dan kesengsaraan awak. Ini sahaja yang mampu saya lakukan sebagai seorang sahabat setia.
BY : AMM
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan