Isnin, 8 Oktober 2012

Untuk Renungan Bersama


"Saya adalah seorang yang bercakap benar bila setiap kata-kata yang saya pertuturkan adalah bohong belaka" - anonymous

Ahad, 7 Oktober 2012

To A Dear Friend


To A Dear Friend (I)

I am touched by the thoughtfulness of a friend
..... but I will be hurt if she feels neglected
I am touched by the attentiveness of a friend
..... but I will be hurt if she feels unappreciated
I am touched by the closeness of a friend
..... but I will be hurt if she feels dejected
I am touched by the decency of a friend
..... but I will be hurt if she feels agitated
I am touched by the kindness of a friend
..... but I will be hurt if she feels hatred
I am touched by the sense of humor of a friend
..... but I will be hurt if she feels sadness
I am touched by the warmth of a friend
..... but I will be hurt if she feels uncared for

Feelin' touched and feelin' hurt
u and me .... it's our own experience
eventually with our naked eyes
we will come to realize
that the past is the lens
which we observe our present
.... perhaps the future.

To A Dear Friend (II)
They say in an ever changing world
True friends are hard to find, so I was told
But I have found one as precious as gold
A soft sparkling face of which I behold

I picture her beauty with love false or true
Appears in my dreams out of the blue
Brings out the best in me I’m feeling brand new
An awesome friend that’s all I knew

If I should search for reassurance
I can count on her to ease my grievance
Friendship will grow with full of fragrance
The stories we shared will be my remembrance.

To a Dear Friend (III)

Don't expect me to treat you like a lady
I may not always show respect
It's too soon yet, you hardly ever know me
That's just my way, please do not get upset.

Up till now, I'm living my life as a loner
This heart of mine for I am the owner
My life in the wrong place as of now
Difficult to tell you, I just don't know how.

All I am asking for you to understand
And in no way, I'm trying to pretend
Hard for me to let everything go
My past memories still puts up a show.

I have got no choice, I must be strong
I can't be thinking all day long
Struggling to leave my dark history behind
Perhaps and maybe, now is the time.

Nevertheless, I want you to know
In this space and in this heart
There will always be a place for you
Because you are my dear friend
Forever you will be safe in my heart.

A Special Friend (IV)
I have a special friend
whose companion is her pen
writing stories that never ends
touches the heart of every woman and man

She always say that friendship is forever
and even try to make it will never
coz she brings us all together
whatever gossips she won't bother

She's so special in her own uniqueness
friends like her for her open-mindedness
she's all ears to her friends troubleness
lifted their spirits with great kindness

Tizzy is such a beautiful name
hope one day you'll attain your fame
as a friend I'll pray for the same
may the best of tomorrow will never be in vain.

Alfonso Miguel Menonza

Rabu, 3 Oktober 2012

What Leads To success?


What Leads To Success?
My friends always seem to ask me such a question.  I must admit I am neither a motivator by profession nor do I have a background in Psychology.  Based from hearing lectures on motivation and based on my experience as a Court Interpreter, I’ll try to put it in the simplest English language for all to understand.  Below, I have listed some of the most important elements on how to gain success.

1.    Passion:
You must have passion on the things you do.  You must be driven by passion and you have to do your work for the sake of loving doing it.  Passion is inherent in us.  You just need to trigger it out from your heart.

2.    Hard Work:
Work hard and take it as a challenge and not a burden to you.  You must have a lot of fun doing your work and it will be a piece of cake for you.  It’s all in the mind.  If you want to be successful, you must really work hard.  There are no other alternatives.  It’s the only choice you have.

3.    Focus:
Stay focus on what you are doing.  Take and solve one thing or one problem at a time.  No need to hurry.  Ask questions and opinions, be curious, stay connected with others if you need their assistance, and above all be a good listener when it comes to communication.

4.    Persist:
You must be persistent on whatever things you are doing.  Never give up.  Tell yourself you can do or overcome every obstacle you are facing with.  If others can excel, you too can.  If others can overcome their problems, you too can overcome your problems.  Most importantly, believe and have faith in yourself.

5.    Ideas:
You must be creative in generating ideas.  This can be achieved if you have a healthy mind and a healthy body. Always remember, we are born with creativity inside us.

6.    Good:
You must be good to yourself.  When I say ‘good’, I mean you must have your own self esteem.  You must brush aside your egos and all the negative elements such as greed, selfish, arrogant, ignorance and what have you.

7.    Push:
You must push  ..  push  ..  push  ..  push yourself.  For example, you must push yourself through your shyness or self doubt.  Push yourself to finish your unfinished business or work.  If you are facing difficulties in pushing yourself, don’t worry.  That’s why God invented Mothers.  Your mother can push you if you need her help any time of the day.

8.    Serve:
You need to serve others something of value and not yourself.  For example, “I am privilege to serve the public as a Court Interpreter”.  You must serve with good intention.  There’s no need to expect something in return because God will reward you for your kindness in serving people.

9.    Practice:
Practice makes perfect.  Nothing comes easy if you don’t practice .. practice .. practice.  There is no shortcut to everything.
So, there you have it.  May you guys gain benefits from reading this article.

Alfonso Miguel Menonza

Selasa, 2 Oktober 2012

Cinta Romantik, Cinta Realiti Dan Cinta Perpisahan.



Baru-baru ini saya dikejutkan dengan berita sedih mengenai perpisahan pelakon2 yang saya minati.  Tak lain tak bukan Remy Ishak dan Tiz Zaqyah Razak atau lebih dikenali dengan jolokan nama ‘RITZ’.  Saya begitu meminati mereka sejak lahirnya drama bersiri ‘Nurkasih’ memandangkan lakonan mereka yang begitu berkesan hingga membawa sedikit perubahan dalam kehidupan saya.  Sejak itu, setiap kali pasangan ini digandingkan bersama, sudah pasti saya tidak akan lepas peluang untuk menontonnya.  Antara lain termasuklah drama ‘Sabar Tak Sabar, Aduh Sayang dan Bernafas Dalam Lumpur’.

Berbalik kepada tajuk di atas, mengapa perpisahan mereka berlaku?  Mungkin ada yang mengatakan tiada jodoh, tiada keserasian, berlakunya perang besar antara kedua mereka atau pun telah menemui orang baru dalam kehidupan masing-masing.  Saya di sini hanya sekadar memberi pendapat atau spekulasi saya kerana apa yang sebenarnya berlaku hanya mereka berdua sahaja yang tahu.

Sebenarnya, bila menyebut bab-bab putus cinta ini, ianya boleh dibahagikan mengikut tiga fasa atau peringkat.  Semua pasangan yang putus cinta berkemungkinan besar akan melalui ketiga-tiga fasa ini dan hanya masa yang akan menentukannya.  Kata orang, cinta itu universal.  Ia adalah fitrah semula jadi yang ada pada diri seseorang insan yang bergelar manusia.  Oleh yang demikian, saya berkongsi di sini setiap fasa yang dilalui oleh pasangan yang putus cinta.

Fasa Yang Pertama:  Cinta Romantik
Pada peringkat ini, setiap pasangan akan mengalami sesuatu keinginan luar biasa untuk sentiasa ingin bersama dengan kekasihnya.  Apa jua kelemahan kekasihnya ada, tidak akan diambil peduli.  Sanggup sehidup semati, sanggup berkorban apa saja, sanggup meredah onak dan duri asalkan dapat berjumpa dan melepaskan rindu tahap gaban.  Pasangan ini akan menjadi begitu obsessif dan sentiasa bergantung harapan di antara satu sama lain.  Apa orang nak kata, katalah.  Kekasih kentut busuk pun bau wangi.   Ketiak kekasih bau masam pun harum jadinya.  Yang penting kau hak aku dan aku hak kau dan kita takkan terpisah buat selamanya.  Setiap pasangan akan mempertahankan kekasih masing-masing walaupun ditegur, disindir, diperlekeh dan dikutuk oleh orang luar.  Di hati dan di mata hanya nampak wajah kekasih sahaja, yang lain merupakan secondary dan tak penting.

Fasa Yang Kedua:  Cinta Realiti
Di peringkat ini apabila masing-masing dah mengenali hati budi, barulah difikirkan tentang masa depan.  Walaupun bercinta, masing-masing akan bertanya sama ada dari segi kedudukan kewangan, keserasian bersama, mendapat restu keluarga, darjat keluarga, peluang kerjaya yang lebih besar, sifat cemburu, perhubungan jangka panjang, kehidupan mewah dan macam-macam lagi.  Apabila elemen-elemen ini timbul, barulah timbul kesedaran pada diri sama ada sanggupkah hidup semati dengan kekasih yang gajinya tak seberapa, yang latar belakangnya kurang enak mahupun ketrampilan diri yang buruk.  Segala-galanya akan diambil kira lebih-lebih lagi di pihak wanita kerana hidup kini bukan macam dahulu lagi. Ikut sahaja kemahuan kekasih.  Wanita kini lebih ‘educated’, berpengetahuan tinggi, bijak berbicara dan aggresif bila dicabar.  Faktor yang penting ialah kedudukan ekonomi jangka panjang.  Sebab itulah dewasa ini kita lihat ramai wanita yang lebih suka hidup bersendirian apatah lagi yang berpangkat tinggi kerana adalah lebih senang kalau hidupnya tidak dikongkong malahan bebas melakukan apa yang difikirkan patut.  Di pihak lelaki pula mula terfikir takut-takut tak boleh memenuhi permintaan (demand) oleh sang kekasih apatah lagi kalau kekasihnya berasal daripada keluarga yang mewah.

Fasa Yang Ketiga:  Cinta Perpisahan
Akhirnya apabila kedua-dua fasa ini telah dilalui, maka masing-masing perlulah mencari rumusannya.  Antara lain ialah dengan memutuskan hubungan cinta yang terjalin sekian lama.  Mulalah mencari alasan untuk tidak bertemu selalu kerana kesibukan tugas, kesuntukan masa, balik kampung dan sebagainya.  Kemesraan mula pudar dan akhirnya terlerailah ikatan cinta.  Jawapan yang diberi mudah sahaja.  Walaupun “I sayang you dan you sayang I” tapi apa nak buat, dah tiada jodoh.  Satu lagi jawapan ialah “I perlu pertingkatkan lagi kerjaya I dan belum bersedia untuk bernikah kerana umur I masih muda dan keadaan ekonomi perlu diperkukuhkan terlebih dahulu”. Maka terjadilah perpisahan tanpa kerelaan sama ada bersifat sementara atau selama-lamanya.  Ada juga yang dah ada kekasih tapi bercinta dengan orang lain.  Ini bukannya mustahil.  Lihat sahajalah pasangan suami isteri lebih-lebih lagi pihak lelaki.  Isteri punyalah cantik tapi tergamak untuk membuat perhubungan sulit dengan wanita lain malahan menambahkan kuota sebab agama kita membenarkan empat kuota tetapi dengan syarat-syarat tertentu.  Kekadang saya hairan juga, ada setengah wanita yang mengatakan suaminya jahat sebab ada perhubungan sulit dan meniduri wanita lain.  Tapi yang ditiduri oleh lelaki tersebut juga seorang wanita.  Tidakkah ini kiranya dua kali dua.  Masing-masih bersalah ditambah pula dengan perbuatan maksiat.  Naauzubillahimanzalik.

Jadi, fikir-fikirkanlah.  Ini hanya pandangan peribadi saya untuk dikongsi bersama.  Mudah-mudahan, kita akan mendapat manfaat daripadanya.  Yang baik itu datang dariNYA dan yang buruk itu datang dari kesilapan saya sendiri.  Wallahualam.

Alfonso Miguel Menonza

Temuduga Kenaikan Pangkat



Al-kisah saya telah menghadiri temuduga di Putrajaya pada hari Khamis yang lepas.  Pergi pun kerana suka-suka, nak enjoy kat K Lumpur dan yang paling utama teringin nak ditemuduga kerana temuduga saya yang terakhir adalah pada 21 tahun yang lepas.  Mak oooiii  ……  lamanya.

Sehari sebelum ditemuduga, menginap di hotel murah di Chow Kit.  Pergi dgn hanya membawa sijil-sijil dan resume yang ringkas.  Saya tak buat apa-apa persediaan pun memandangkan surat yang saya terima mengenai tarikh temuduga agak lewat.  Eemmmm  ….  kenapa boleh jadi macam tu?  Sahabat saya di Putrajaya pun ada maklumkan pada saya yang surat temuduganya telah pusing berapa kali walaupun kini beliau bertugas di Mahkamah Rayuan.  Bayangkan surat telah dihantar oleh pihak Putrajaya ke Mahkamah Sesyen Ipoh dan Mahkamah Sesyen Ipoh fakskan semula ke Mahkamah Tinggi Taiping dan Mahkamah Tinggi Taiping fakskan sekali lagi ke Mahkamah Rayuan.  Kelakar tak?  Sepatutnya surat dihantar ke Mahkamah Rayuan tempat beliau bekerja sekarang atau setidak-tidaknya ke Mahkamah Tinggi Ipoh kerana jawatan terakhirnya di Mahkamah Tinggi Ipoh.  Maaf  …  tapi saya ingatkan Putrajaya canggih dengan Teknologi Maklumat terkininya.  Apa dah jadi?  Bukan nak menuding jari cuma diharapkan agar kejadian seumpama ini tidak berulang lagi.  Apa-apa pun malam tu saya berkesempatan pekena sup kambing hingga 2 mangkuk.  Ada uummph!  Sampai hotel dah tak boleh tidur sampailah pukul tiga pagi.  Nilah kata orang, takde kerja cari kerja.

Keesokannya sampai Istana Kehakiman.  Kelakar melihat calon-calon yang ditemuduga dengan pelbagai aksi.  Ada yang nervous, ada yang mengulangkaji nota-nota,  ada yang mengutuk, ada yang berpakaian glamour mengalahkan selebriti tanah air dan mcam-macam lagi.  Tapi kenangan panis bagi saya jumpa seorang jurubahasa Cina dari Sibu yang dah lama tak dihubungi.  Cakap punya cakap, rupa-rupanya masih Cik lagi.  Kelihatan muda, anggun dan bergaya.  Imej pun dah berubah sebab sekarang dah pakai contact lens.  Dia ajak saya ke Sibu.  Katanya lagi, tak payah susah2 boleh tinggal aje di rumahnya.  Terus ketat dada saya.  Bahaya, nanti jadi skandal.  Apa pun tahun depan saya akan masukkan Sibu sebagai destinasi percutian saya ….  hahahaha. 

Nak pendekkan cerita, masuk aje bilik temuduga, hati dah mula menggelabah.  Mana tidaknya ada tiga orang panel.   Soalan yang ditanya berkaitan Mahkamah Rendah dan bukannya Mahkamah Tinggi.  Lagilah saya pening kepala.  Tapi soalan cepumasnya ialah adakah sanggup untuk ditukar ke negeri lain jika berjaya dalam temuduga ini?  Saya kata saya sanggup.  (Dalam hati acah aje!)  Saya bertanya mengapa jika ditawarkan, perlu ditukarkan ke negeri lain sedangkan kekosongan jawatan tersebut berada di Ipoh.  Jawapan penemuduga ringkas.  Itu adalah polisi kami (dalam hati saya, erm …  siapa yang menetapkan polisi berkenaan?)  Selain itu, saya juga diarahkan untuk menterjemahkan keratan akhbar daripada bahasa Inggeris ke bahasa Melayu.  Ingat senang, tapi berpeluh juga nak menterjemahkannya.

Kesimpulannya, jika ditanya sama ada harapan saya cerah untuk mendapatkan kenaikan pangkat, jawapan saya sudah tentulah agak sukar.  Pertama, calon-calonnya ramai dan kekosongan jawatan terbatas.  Malahan terdapat calon-calon simpanan.  Kedua, ramai antara calon-calon tersebut jauh lebih baik daripada saya dari segi pengalaman bekerja dan kefasihan mereka dalam pertuturan bahasa Inggeris. Ketiga, ramai yang lebih senior daripada saya.  Apa-apa pun saya tak kisah.  Hanya Tuhan sahaja yang Maha mengetahui.  Yang penting, hari itu memang saya gembira sebab berjumpa dengan kenalan lama dari Sibu, Sarawak dan makan tengahari dengan member-member dari Jabatan Imigresen yang terkejut melihat saya berpakaian segak dengan kot dan tali leher hingga hampir saya tak dikenali mereka.  Oh satu lagi, sebab dapat naik ERL dan ETS dan lepas tu boleh buat tuntutan perjalanan dan penginapan  …… hehehehe.


Alfonso Miguel Menonza

Isnin, 2 Julai 2012



TAQWIM TAHUNAN
KELAB KEBAJIKAN MAHKAMAH TINGGI IPOH
2012



BULAN

PERKARA


Januari

Mesyuarat Agung Tahunan 2012


Februari


-

Mac


-

April


Lawatan Ke Negeri Melaka Bandaraya Bersejarah

Mei


-

Jun


Tempahan Baju Koperat Ahli

Julai


Tempahan Sampul Raya Untuk Edaran / Jualan

Ogos


Sambutan Aidilfitri 1433H

September


Pertandingan Boling Warga MTI

Oktober


Tempahan Car Stickers Untuk Tahun 2013

November


Edaran / Jualan Car Stickers 2013

Disember


-







SENARAI JAWATANKUASA
KELAB KEBAJIKAN MAHKAMAH TINGGI IPOH
2012

PENGERUSI
Nama
HELMI BIN GHANI
Emel
No.Kad Pengenalan
730112-02-5531
Umur
39 Tahun
Jawatan
Timbalan Pendaftar Gred L48
Tarikh Mula Perkhidmatan di MTI Ipoh
2-6-2008

NAIB PENGERUSI
Nama
AHMAD SAIFUDDIN BIN MOHAMED
Emel
No.Kad Pengenalan
610315-01-5433
Umur
51 Tahun
Jawatan
Jurubahasa Gred L22
Tarikh Mula Perkhidmatan di MTI Ipoh
19-2-1991

SETIAUSAHA
Nama
HAMZAN BIN MAHYUDIN
Emel
No.Kad Pengenalan
680323-08-5435
Umur
44 Tahun
Jawatan
Penghantar Notis Gred N3
Tarikh Mula Perkhidmatan di MTI Ipoh
1-2-1992

PENOLONG SETIAUSAHA
Nama
ROSLI AFANDI BIN MOHAMED ZAM
Emel
No.Kad Pengenalan
790929-08-5373
Umur
33 Tahun
Jawatan
PTU Gred L17
Tarikh Mula Perkhidmatan di MTI Ipoh
16-6-2003
  
BENDAHARI
Nama
NOOR AZIZAH BT. ABD RAZAK
Emel
No.Kad Pengenalan
721117-08-5088
Umur
40 Tahun
Jawatan
PTU Gred L17
Tarikh Mula Perkhidmatan di MTI Ipoh
16-12-1994

PENOLONG BENDAHARI
Nama
ROHANI BT. SHARIFF
Emel
No.Kad Pengenalan
650623-02-5162
Umur
47 Tahun
Jawatan
PT/PO Gred N22
Tarikh Mula Perkhidmatan di MTI Ipoh
1-1-2001

AHLI JAWATANKUASA
Nama
KAMARUL NIZAM BIN HASHIM
Emel
No.Kad Pengenalan
790505-08-6059
Umur
33 Tahun
Jawatan
PTU Gred L17
Tarikh Mula Perkhidmatan di MTI Ipoh
1-9-1999

AHLI JAWATANKUASA
Nama
ABDUL KARIM BIN ISMAIL
Emel
No.Kad Pengenalan
551222-08-5603
Umur
57 Tahun
Jawatan
PT/PO Gred N22
Tarikh Mula Perkhidmatan di MTI Ipoh
16-12-1991

AHLI JAWATANKUASA
Nama
AMIR HAMZAH BIN YAHAYA
Emel
No.Kad Pengenalan
850420-08-6339
Umur
24 Tahun
Jawatan
PT/PO Gred N17
Tarikh Mula Perkhidmatan di MTI Ipoh
7-8-2009 

AHLI JAWATANKUASA
Nama
SUHAIDA BT. MOHD NADZARI
Emel
No.Kad Pengenalan
760422-08-5676
Umur
36 Tahun
Jawatan
PTU Gred L17
Tarikh Mula Perkhidmatan di MTI Ipoh
16-10-1996

AHLI JAWATANKUASA
Nama
NUREZZAH BT. MAULUD-DIN
Emel
No.Kad Pengenalan
881118-08-5808
Umur
24 Tahun
Jawatan
Jurubahasa Gred L17
Tarikh Mula Perkhidmatan di MTI Ipoh
1-11-2010

PEMERIKSA KIRA-KIRA
Nama
JASWINDER KAUR A/P BISHAN SINGH
Emel
No.Kad Pengenalan
790609-08-5964
Umur
33 Tahun
Jawatan
PT/PO Gred N17
Tarikh Mula Perkhidmatan di MTI Ipoh
27-4-2009

PEMERIKSA KIRA-KIRA
Nama
KAYALVILI A/P MAGENTHARAN
Emel
No.Kad Pengenalan
860117-38-6446
Umur
26 Tahun
Jawatan
Jurubahasa Gred L17
Tarikh Mula Perkhidmatan di MTI Ipoh
15-12-2008