Baru-baru ini saya dikejutkan
dengan berita sedih mengenai perpisahan pelakon2 yang saya minati. Tak lain tak bukan Remy Ishak dan Tiz Zaqyah
Razak atau lebih dikenali dengan jolokan nama ‘RITZ’. Saya begitu meminati mereka sejak lahirnya
drama bersiri ‘Nurkasih’ memandangkan lakonan mereka yang begitu berkesan
hingga membawa sedikit perubahan dalam kehidupan saya. Sejak itu, setiap kali pasangan ini
digandingkan bersama, sudah pasti saya tidak akan lepas peluang untuk
menontonnya. Antara lain termasuklah
drama ‘Sabar Tak Sabar, Aduh Sayang dan Bernafas Dalam Lumpur’.
Berbalik kepada tajuk di atas,
mengapa perpisahan mereka berlaku?
Mungkin ada yang mengatakan tiada jodoh, tiada keserasian, berlakunya
perang besar antara kedua mereka atau pun telah menemui orang baru dalam
kehidupan masing-masing. Saya di sini
hanya sekadar memberi pendapat atau spekulasi saya kerana apa yang sebenarnya
berlaku hanya mereka berdua sahaja yang tahu.
Sebenarnya, bila menyebut bab-bab
putus cinta ini, ianya boleh dibahagikan mengikut tiga fasa atau
peringkat. Semua pasangan yang putus
cinta berkemungkinan besar akan melalui ketiga-tiga fasa ini dan hanya masa
yang akan menentukannya. Kata orang,
cinta itu universal. Ia adalah fitrah
semula jadi yang ada pada diri seseorang insan yang bergelar manusia. Oleh yang demikian, saya berkongsi di sini
setiap fasa yang dilalui oleh pasangan yang putus cinta.
Fasa Yang Pertama: Cinta Romantik
Pada peringkat ini, setiap
pasangan akan mengalami sesuatu keinginan luar biasa untuk sentiasa ingin
bersama dengan kekasihnya. Apa jua
kelemahan kekasihnya ada, tidak akan diambil peduli. Sanggup sehidup semati, sanggup berkorban apa
saja, sanggup meredah onak dan duri asalkan dapat berjumpa dan melepaskan rindu
tahap gaban. Pasangan ini akan menjadi
begitu obsessif dan sentiasa bergantung harapan di antara satu sama lain. Apa orang nak kata, katalah. Kekasih kentut busuk pun bau wangi. Ketiak kekasih bau masam pun harum
jadinya. Yang penting kau hak aku dan
aku hak kau dan kita takkan terpisah buat selamanya. Setiap pasangan akan mempertahankan kekasih
masing-masing walaupun ditegur, disindir, diperlekeh dan dikutuk oleh orang
luar. Di hati dan di mata hanya nampak
wajah kekasih sahaja, yang lain merupakan secondary dan tak penting.
Fasa Yang Kedua: Cinta Realiti
Di peringkat ini apabila
masing-masing dah mengenali hati budi, barulah difikirkan tentang masa
depan. Walaupun bercinta, masing-masing
akan bertanya sama ada dari segi kedudukan kewangan, keserasian bersama,
mendapat restu keluarga, darjat keluarga, peluang kerjaya yang lebih besar,
sifat cemburu, perhubungan jangka panjang, kehidupan mewah dan macam-macam
lagi. Apabila elemen-elemen ini timbul,
barulah timbul kesedaran pada diri sama ada sanggupkah hidup semati dengan
kekasih yang gajinya tak seberapa, yang latar belakangnya kurang enak mahupun
ketrampilan diri yang buruk.
Segala-galanya akan diambil kira lebih-lebih lagi di pihak wanita kerana
hidup kini bukan macam dahulu lagi. Ikut sahaja kemahuan kekasih. Wanita kini lebih ‘educated’, berpengetahuan
tinggi, bijak berbicara dan aggresif bila dicabar. Faktor yang penting ialah kedudukan ekonomi
jangka panjang. Sebab itulah dewasa ini
kita lihat ramai wanita yang lebih suka hidup bersendirian apatah lagi yang
berpangkat tinggi kerana adalah lebih senang kalau hidupnya tidak dikongkong
malahan bebas melakukan apa yang difikirkan patut. Di pihak lelaki pula mula terfikir
takut-takut tak boleh memenuhi permintaan (demand) oleh sang kekasih apatah
lagi kalau kekasihnya berasal daripada keluarga yang mewah.
Fasa Yang Ketiga: Cinta Perpisahan
Akhirnya apabila kedua-dua fasa
ini telah dilalui, maka masing-masing perlulah mencari rumusannya. Antara lain ialah dengan memutuskan hubungan
cinta yang terjalin sekian lama. Mulalah
mencari alasan untuk tidak bertemu selalu kerana kesibukan tugas, kesuntukan
masa, balik kampung dan sebagainya.
Kemesraan mula pudar dan akhirnya terlerailah ikatan cinta. Jawapan yang diberi mudah sahaja. Walaupun “I sayang you dan you sayang I” tapi
apa nak buat, dah tiada jodoh. Satu lagi
jawapan ialah “I perlu pertingkatkan lagi kerjaya I dan belum bersedia untuk
bernikah kerana umur I masih muda dan keadaan ekonomi perlu diperkukuhkan
terlebih dahulu”. Maka terjadilah perpisahan tanpa kerelaan sama ada bersifat
sementara atau selama-lamanya. Ada juga
yang dah ada kekasih tapi bercinta dengan orang lain. Ini bukannya mustahil. Lihat sahajalah pasangan suami isteri
lebih-lebih lagi pihak lelaki. Isteri
punyalah cantik tapi tergamak untuk membuat perhubungan sulit dengan wanita
lain malahan menambahkan kuota sebab agama kita membenarkan empat kuota tetapi
dengan syarat-syarat tertentu. Kekadang
saya hairan juga, ada setengah wanita yang mengatakan suaminya jahat sebab ada
perhubungan sulit dan meniduri wanita lain.
Tapi yang ditiduri oleh lelaki tersebut juga seorang wanita. Tidakkah ini kiranya dua kali dua. Masing-masih bersalah ditambah pula dengan
perbuatan maksiat. Naauzubillahimanzalik.
Jadi, fikir-fikirkanlah. Ini hanya pandangan peribadi saya untuk
dikongsi bersama. Mudah-mudahan, kita
akan mendapat manfaat daripadanya. Yang
baik itu datang dariNYA dan yang buruk itu datang dari kesilapan saya sendiri. Wallahualam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan