Al-kisah saya telah menghadiri
temuduga di Putrajaya pada hari Khamis yang lepas. Pergi pun kerana suka-suka, nak enjoy kat K
Lumpur dan yang paling utama teringin nak ditemuduga kerana temuduga saya yang
terakhir adalah pada 21 tahun yang lepas.
Mak oooiii …… lamanya.
Sehari sebelum ditemuduga,
menginap di hotel murah di Chow Kit.
Pergi dgn hanya membawa sijil-sijil dan resume yang ringkas. Saya tak buat apa-apa persediaan pun
memandangkan surat yang saya terima mengenai tarikh temuduga agak lewat. Eemmmm
…. kenapa boleh jadi macam
tu? Sahabat saya di Putrajaya pun ada
maklumkan pada saya yang surat temuduganya telah pusing berapa kali walaupun
kini beliau bertugas di Mahkamah Rayuan.
Bayangkan surat telah dihantar oleh pihak Putrajaya ke Mahkamah Sesyen
Ipoh dan Mahkamah Sesyen Ipoh fakskan semula ke Mahkamah Tinggi Taiping dan
Mahkamah Tinggi Taiping fakskan sekali lagi ke Mahkamah Rayuan. Kelakar tak?
Sepatutnya surat dihantar ke Mahkamah Rayuan tempat beliau bekerja
sekarang atau setidak-tidaknya ke Mahkamah Tinggi Ipoh kerana jawatan terakhirnya
di Mahkamah Tinggi Ipoh. Maaf … tapi
saya ingatkan Putrajaya canggih dengan Teknologi Maklumat terkininya. Apa dah jadi?
Bukan nak menuding jari cuma diharapkan agar kejadian seumpama ini tidak
berulang lagi. Apa-apa pun malam tu saya
berkesempatan pekena sup kambing hingga 2 mangkuk. Ada uummph!
Sampai hotel dah tak boleh tidur sampailah pukul tiga pagi. Nilah kata orang, takde kerja cari kerja.
Keesokannya sampai Istana
Kehakiman. Kelakar melihat calon-calon
yang ditemuduga dengan pelbagai aksi.
Ada yang nervous, ada yang mengulangkaji nota-nota, ada yang mengutuk, ada yang berpakaian
glamour mengalahkan selebriti tanah air dan mcam-macam lagi. Tapi kenangan panis bagi saya jumpa seorang
jurubahasa Cina dari Sibu yang dah lama tak dihubungi. Cakap punya cakap, rupa-rupanya masih Cik
lagi. Kelihatan muda, anggun dan
bergaya. Imej pun dah berubah sebab
sekarang dah pakai contact lens. Dia
ajak saya ke Sibu. Katanya lagi, tak
payah susah2 boleh tinggal aje di rumahnya.
Terus ketat dada saya. Bahaya,
nanti jadi skandal. Apa pun tahun depan
saya akan masukkan Sibu sebagai destinasi percutian saya …. hahahaha.
Nak pendekkan cerita, masuk aje
bilik temuduga, hati dah mula menggelabah.
Mana tidaknya ada tiga orang panel.
Soalan yang ditanya berkaitan Mahkamah Rendah dan bukannya Mahkamah
Tinggi. Lagilah saya pening kepala. Tapi soalan cepumasnya ialah adakah sanggup
untuk ditukar ke negeri lain jika berjaya dalam temuduga ini? Saya kata saya sanggup. (Dalam hati acah aje!) Saya bertanya mengapa jika ditawarkan, perlu
ditukarkan ke negeri lain sedangkan kekosongan jawatan tersebut berada di Ipoh. Jawapan penemuduga ringkas. Itu adalah polisi kami (dalam hati saya, erm
… siapa yang menetapkan polisi
berkenaan?) Selain itu, saya juga
diarahkan untuk menterjemahkan keratan akhbar daripada bahasa Inggeris ke
bahasa Melayu. Ingat senang, tapi
berpeluh juga nak menterjemahkannya.
Kesimpulannya, jika ditanya sama
ada harapan saya cerah untuk mendapatkan kenaikan pangkat, jawapan saya sudah
tentulah agak sukar. Pertama,
calon-calonnya ramai dan kekosongan jawatan terbatas. Malahan terdapat calon-calon simpanan. Kedua, ramai antara calon-calon tersebut jauh
lebih baik daripada saya dari segi pengalaman bekerja dan kefasihan mereka dalam
pertuturan bahasa Inggeris. Ketiga, ramai yang lebih senior daripada saya. Apa-apa pun saya tak kisah. Hanya Tuhan sahaja yang Maha mengetahui. Yang penting, hari itu memang saya gembira
sebab berjumpa dengan kenalan lama dari Sibu, Sarawak dan makan tengahari
dengan member-member dari Jabatan Imigresen yang terkejut melihat saya
berpakaian segak dengan kot dan tali leher hingga hampir saya tak dikenali
mereka. Oh satu lagi, sebab dapat naik
ERL dan ETS dan lepas tu boleh buat tuntutan perjalanan dan penginapan …… hehehehe.
Alfonso Miguel Menonza
Tiada ulasan:
Catat Ulasan